[ HOME ] _____________ [ GALERI ] __________ [ AKTIVITI ]___________[ REGISTER ]___________[ BULETIN ]_
_
..
KAMI ADALAH SRD. DARI DULU HINGGA KINI, KAMI TETAP SRD. INILAH IKRAR KAMI................................................................................ 1 Impian 1 Harapan 1 SRD
SRD MOTORSPORT bermula di Johor Bahru dan ditubuhkan pada 3 DISEMBER 2006. Kelab berkereta ini asalnya ditubuhkan hanya untuk suka-suka dan bermula dari sebuah kumpulan kelab kecil dibandaraya ini yang dianggotai hanya 5 orang ahli.

Insan yang mula-mula terlibat dalam penubuhan kelab ini adalah saudara Sunnock, Lani, Abg Khai, Hilen dan Abg Tajul. Generasi asal yang terbabit dalam penubuhan kelab ini ada yang sudah tidak melibatkan diri mereka namun mereka masih lagi sentiasa berhubung dengan kami.

Untuk pengetahuan semua, kelab berkereta ini dahulunya dikenali dengan nama Satria Racing Development Motorsport yang hanya terbuka pada pemilik kereta Satria kini telah mendatangkan putaran kepada satu revolusi baru sehingga ditransformasi sebagai Southern Revolution Development Motorsport secara rasminya.

Semenjak itu SRD semakin berkembang dengan bertambahnya penyertaan ahli sehingga lebih 50 keahlian dan akan terus bertambah dan bertambah dari semasa ke semasa dengan hanya keahlian dari seluruh Johor dan kini SRD mempunyai cawangan utama iaitu Skudai, Taman U dan Bandar Seri Alam serta 1 kumpulan kecil yang membabitkan ahli-ahli SRD yang menetap dan bekerja di Shah Alam.

Aktiviti wajib SRD setiap tahun adalah konvoi, sukan futsal, Majlis Jamuan Hari Raya dan sebagainya.

Antara orang-orang lama yang masih ada dalam kelab ini sehingga kini ialah saudara Sunnock, Apis Evo, Apis L5, Haruna, Din, Isa, Wan, Napi, Abg Tajul dan beberapa nama yang gagal dikesan.

Pada tahun 2008, kelab ini secara rasminya didaftarkan di Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dengan hasil usaha Abg Tajul dan ahli SRD pada masa itu.

Alhamdulillah, sepanjang 3 tahun yang singkat ini SRD telah diduga dengan berbagai cubaan serta permasalahan, namun kerana sayangnya kami pada kelab membuktikan kami mampu bertahan selama tempoh ini. Insyallah, andai diizinkan Allah s.w.t. kami akan mula mengorak langkah dengan menambah keahlian dari seluruh Malaysia. Semoga SRD akan terus maju dan maju ke hadapan.

.